|
Assalammualaikum! =D ![]()
Name: Nur Amirah Ahmed Nasir Famous as: Amira Mia Birthday: 18 June 1993 Age: 19 years old Status: Engaged Dreams: fly to Mekah Navigation Tagboard
Credits
![]()
| Lemah . .
Monday, 4 June 2012 | Monday, June 04, 2012 | 0 Love
Assalammualaikum ,
Hurm , lemahnya hari ni . . Kenapa hari ni muka aku macam pucat sangat je ni ? Sakit ? entah lah . Mudah mudahan tiada penyakit yang mendekati aku . . Mungkin tekanan darah aku tak menentu . Tu yang menyebabkan aku selalu rasa pening dan nak pengsan . . Dulu aku terlalu aktif bila ada aktiviti kem . semua aktiviti aku nak buat . Tapi sekarang ? aku rasa macam dah tak kuat sangat nak lakukan semua tu . Tu sebab aku dah jarang pergi kem . . Ikut , bila rasa nak pergi . dan kadang kadang dipaksa . .
Aduhai , macam macam terjadi sepanjang aku berada didalam tapak kem tu . Dalam kepala aku ni memang dengan dunia aku sendiri je . . Orang tegur aku buat bodoh , takkan aku nak layan setiap kali orang tegur aku ? menampakkan yang aku mudah mesra dengan orang . . TAKKK!! aku tak kisah orang melabelkan aku SOMBONG !! Diaorang tak kenal aku . Biarkan je la . Tak terkesan langsung dalam hati aku . Yang penting aku tahu siapa diri aku . Dan family lebih kenal aku . Aku memang jenis pendiam , aku jarang nak bercampur dengan orang yang aku tak berapa nak kenal .
Kadang kadang aku rasa bosan , bosan dengan orang disekeliling aku . . Maksud aku , setiap kali aku ade kawan baik . . mesti dia tikam belakang aku kan ? Ouhhh , bila depan aku pijak semut pun tak mati . Bila kat belakang aku ? Nauzubillah , baru aku tahu perangai sebenar dia . . Bila aku tengah senang , semua orang dekat la . Bila aku tengah susah , tak nak pulak sama sama rasa susah . . So , lepas ni kena lebih berhati hati dalam memilih kawan . . Sebab aku tahu . . .
Aku ni jenis cepat mudah tersentuh , kesian , walaupun aku tak sedar yang aku sedang diperbodohkan ? ya , aku mudah ditipu , aku tak pandai nak bergaduh , aku tak pandai semua tu . Walau orang yang mulakan dulu , malukan aku , aibkan aku . Tapi aku hanya diam . Sebab , aku tak mampu nak lakukan apa apa . . Orang dengan mudahnya menindas aku . Aku hanya tegak berdiri bagai patung yang takde perasaan . . Kerana apa ? kerana aku lemah , aku tak kuat , aku tak pandai berkata kata walau dalam hati aku mendongkol rasa geram , rasa nak humban kau dalam lombong pun ade . .
Aku banyak memendam rasa , aku hanya banyak melihat orang disekeliling aku . layan aku bagai takde perasaan . Aku sedih , aku kecewa , aku terkilan , aku tersentap . . Tapi , kenapa aku tak mampu melawan? kenapa aku takde kekuatan untuk menegakkan kebenaran ? sebab tu kepala aku mudah dipijak dan dihenyak sesuka hati orang . . kerana aku terlampau berlembut , kerana diaorang tahu akan kelemahan aku yang memang sedia ada . yang tak pandai melawan . . itu lah aku . terlampau lembut dengan orang .
Kadang kadang ape yang kau cerita , semua orang percaya . . semuanya dengar cerita kau , hanya sebelah pihak . Tapi dipihak aku . diaorang tak nak dengar . Dan aku memang sedia tahu perangai kau macam mana. . . Aku dengan lurusnya mengikut segala kata kau . Tapi di hadapan diaorang . Kau mengatakan kau mengikut kehendak aku . . Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati aku saat tu . Hati aku sakit sangat dengan perangai kau . . Itu nak dinamakan kawan ? Aku rela takde kawan macam kau kalau itu yang boleh membusukkan nama aku , menjatuhkan maruah aku . .
Kenapa semua orang nak dengar cerita kau ? Tapi aku ?? cukup lah , aku tak mampu untuk berkata kata lagi , sebab aku bukan macam kau . memutar belitkan fakta . . Benda yang aku tak buat , kau buat cerita kat orang . . Aku kecewa dengan perangai kau . Aku tahu aku tak la baik sangat , tapi aku tak pernah buat dekat kawan kawan aku macam tu . Aku tak pernah nak jaga tepi kain kau orang . Tapi setiap gerak geri aku . korang perhatikan . . dan buat cerita yang bukan bukan . . Takpe la , cukup lah . Aku pasrah , aku dah tak larat , aku penat . kau buat la ape yang kau nak buat . .
Yang penting aku tak menggangu hidup kau dan kaum kerabat kau . . Tapi sampai sekarang aku pelik , dulu bukan main kau kutuk budak budak tu . Sekarang dah boleh jadi kawan baik ? haha , diaorang tak tahu lagi perangai kau macam mana kan ? Btw , ingat lah satu perkara ni . sekarang kau boleh buat macam ni kat aku . . satu hari nanti , kau memang akan terkena , aku tak mendoakan . Tapi biar kau rasa ape yang aku rasa . Sakit dia macam mana . .
|