|
Assalammualaikum! =D ![]()
Name: Nur Amirah Ahmed Nasir Famous as: Amira Mia Birthday: 18 June 1993 Age: 19 years old Status: Engaged Dreams: fly to Mekah Navigation Tagboard
Credits
![]()
| Hati bila cinta
Friday, 1 June 2012 | Friday, June 01, 2012 | 0 Love
Assalammualaikum ,
Bila bosan mula la jiwang nak datang malam ni heee
Aku wanita punya hati nurani yang tak dibohongi , pabila cinta dah butakan mata dan membuat tuli telinga .
Apakakah salah jika aku menyinta , apakah salah jika engkau ternyata .
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah dari Yang Maha Kuasa .
. . . . .
Memang benar tiada salahnya jika diri mencintai seseorang jika orang itu benar benar ditakdirkan untuk kita . Cinta itu anugerah teragung dari Tuhan . Tidak perlu disangkal jika sudah sampai masanya untuk kita menikmati rasa itu . Kadang kadang terdetik jugak rasa bersalah pada arwah Abang bila aku menerima cinta lelaki lain . tetapi mujur lah kawan kawan aku sentiasa meyakinkan diri aku bahawa cinta itu bukan satu kesalahan . Cinta itu satu anugerah . Cinta itu hadiah Allah kepada HambaNya .
Bukan senang untuk melupakan arwah Abang . Walaupun dah bertahun berlalu , rasa cinta itu masih tersemat kukuh di jiwaku . Tetapi , aku sedar . Aku cuma wanita biasa . Wanita yang tidak dapat lari dari perasaan suci itu . Yang pergi tetap pergi , aku yang masih diberikan ruang oleh Tuhan untuk bernafas dibumiNya perlu teruskan hidup . Ada rindu yang bertandang saat mata tak bertentang . Ada cinta yang bertamu saat renungan berbalas . Hanya satu doaku , agar perhubungan ini kekal hingga ke hujung nyawa . Tidak sanggup rasanya merasakan kehilangan buat kali kedua . Itu doaku setiap kali usai solat . Cukuplah sekali aku merasa , betapa sakitnya kehilangan orang yang aku sayang . . Aku dah puas menangis , aku dah puas rasa sakit , aku dah puas semuanya . . Kini , biarlah aku ingin rasa nikmatnya bahagia itu . . Abang , izinkan myra untuk menggapai bahagia , bukan niat untuk menduakan . Tapi dunia kita memang berbeza . . Myra ingin lepaskan semua kenangan pahit yang myra lalui . . Semoga ada bahagia yang menjengah . . |