Assalammualaikum! =D
Name: Nur Amirah Ahmed Nasir Famous as: Amira Mia Birthday: 18 June 1993 Age: 19 years old Status: Engaged Dreams: fly to Mekah Navigation Tagboard
Credits
| Alhamdulillah
Tuesday, 26 June 2012 | Tuesday, June 26, 2012 | 0 Love
Assalammualaikum ,
Alhamdulillah , walaupun aku masih teringat pada arwah Abang , masih rasa rindu padanya . Namun , aku sudah semakin kuat untuk menerima kehilangannya . Aku tahu , tak baik menyiksa orang yang dah takda . Tapi , mungkin masa tu aku belum cukup kuat menerima kehilangannya . . Aku sakit kerana kehilangannya , kerana cukup sebulan aku menjadi tunangannya . Akhirnya dia pergi , pergi dari aku selamanya . . Dia yang banyak memberi dorongan , semangat , kekuatan . Akhirnya dia pergi , dan takkan kembali .
Abang , dunia kita sangat berbeza . Alam yang berbeza , dan kita takkan mungkin menyatu . Semoga roh Abang tenang disana . Maafkan Myra andai selama ini Myra menyakiti Abang disana. . 3Julai 2012 , genap la 1tahun 11bulan Abang pergi meninggalkan kami , Ibu , Along , Angah , Myra . Kami sangat merinduimu Abang . . Dengan lafaz Bismillah dan dengan Nama Allah , Myra melepaskan Abang pergi dengan tenang . .
Abang , terima kasih kerana pernah singgah dihati ini walau hanya sementara , Myra bahagia kerana Myra menjadi insan terakhir yang Abang cintai suatu ketika dulu . Walaupun banyak dugaan dan penuh dengan duri liku untuk Myra terus menyayangi Abang . Tapi hati ini , tak pernah hilang sayangnya , tak pernah hilang Cintanya . Bagitu utuh sekali nama Abang bertakhta didalam hati Myra . . Terima kasih sebab mengajar Myra erti kehidupan , erti rindu , erti cinta . Terima kasih untuk segala galanya .
Ahmad Firdaus Bin Abu Kassim , Engkau insan pertama yang aku cintai . . Benar kata orang , Cinta pertama sukar untuk sampai ke puncaknya (perkhawinan) Namun aku pasrah , ada hikmah disebalik apa yang berlaku . Apa apa pun , aku tetap bersyukur kerana dapat mencintainya selama hampir 6tahun .
Bila bulan mengambang ,
Cinta mula berkembang ,
Rama rama pun terbang ,
Menuju ke alam kayangan.
Ku merindu pada yang tiada ,
Ku mencinta pada yang dah pergi ,
Antara dua dunia tak mungkin menyatu .
Oh rama rama ,
Terbanglah kemari , temani diriku yang
diam menyepi , jangan kau pergi ,
Meninggalkan aku disini ,
Tetaplah dikau dihati ,
Oh rama rama ,
Janganlah menyendiri ,
Marilah ke mari padaku disini ,
Ku janji setia ,
Kan setia melindungi hingga ke akhhir hayat .
Ku trauma dengan kehilangan ,
Bagai hidup tiada terang ,
Namun , ku terus menghalang ,
Memoriku daripada terbang .
Dalam mimpi kau menghantui ,
Dalam sedar kau disisi ,
Ku tetap disini ,
Aku dan kamu selamanya disini . .
Memori , biarlah terpahat kukuh di ingatan .
Kerana aku takkan mampu untuk melupakan nya .
Jangan dipaksa , kerana aku juga seperti insan lain .
Punya kotak untuk menyimpan memori .
Dan , itu semua hanyalah KENANGAN .
Yang takkan mampu untuk aku padamkan .
Tenang lah dikau disana wahai SAYANGKU .
yaALLAH , sampaikan salam rinduku buatnya disana .
AHMAD FIRDAUS BIN ABU KASSIM
1991-2010
AL - FATIHAH
Truly Love ,
Nur Amira
|